suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Tidak Suka Justin Bieber Bertatu

Justin dan ibunya, Pettie.
Justin dan ibunya, Pettie.
Justin dan ibunya, Pettie.

PENYANYI Justin Bieber kembali menghiasi tubuhnya dengan dua tatu terbaru iaitu logo daripada kumpulan hoki kesayangannya, The Stratford Cullitons pada bahagian bahu serta siri nombor dalam tulisan Roman.

Bagaimanapun, ibu penyanyi berusia 19 tahun itu yang bernama Pattie Mallette tidak menyukai tindakan Justin yang ingin memenuhi tubuhnya dengan tatu.

"Sebenarnya saya kurang gemar apabila tubuh Justin dipenuhi tatu. Tetapi Justin sudah membuat keputusannya sendiri," kata Pattie kepada Entertainment Tonight.

Justin kini semakin berani mempamerkan tatu malah dia turut menunjukkannya dalam program The Late Show With David Latterman. Difahamkan Justin telah pun menghiasi tubuhnya sebanyak 10 tatu.

Artikel Lain