Dain Said Ambil Masa Tulis Skrip 3 Bulan

Dain Said
Dain Said
Dain Said

PUTRAJAYA: Pengarah Dain Said mengakui tidak boleh menyiapkan skrip filem dalam jangka masa dua hingga tiga hari seperti yang dilakukan oleh penulis skrip lain.

Dain atau nama sebenarnya Dain Iskandar Said berkata, dia akan menghasilkan sebuah skrip yang benar-benar memuaskan hatinya dan untuk itu, ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menyiapkan sebuah skrip filem.

"Saya seorang penulis yang slow. Tak macam orang lain yang boleh siapkan dua atau tiga hari untuk satu skrip.

"Mana tidaknya, setiap kali menulis, kalau tidak suka dengan jalan cerita yang dihasilkan, saya akan koyak kertas dan buang ke dalam tong sampah sehinggalah ia benar-benar memuaskan hati saya.

"Dan kerana itu penulisan skrip saya mengambil masa sehingga berbulan-bulan, begitu juga untuk Bunohan, ia disiapkan dalam masa dua hingga tiga bulan," katanya.

Tambah Dain, masa panjang yang diambil untuk menyiapkan skrip Bunohan juga dianggap berbaloi apabila berjaya meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang berlangsung pada Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menerusi Bunohan juga, filem itu merangkul empat anugerah iaitu Pengarah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Faizal Hussein).

Sebelum itu, pada malam Anugerah Cipta FFM25 yang berlangsung pada Rabu lalu, Bunohan turut merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

"Alhamdulillah, ini semua berkat usaha saya bersama-sama dengan krew dan para pelakon terutamanya.

"Rasa macam nak peluk ramai-ramai atas kejayaan ini. Harap-harap karya saya pada masa akan datang diterima dan saya juga akan menghasilkan filem yang terbaik," ujarnya.

Artikel Sebelum

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain