suria

'Bunohan' Bolot 5 Trofi FFM25

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (tiga dari kiri) menyaksikan barisan penerbit, pengarah dan para pelakon filem Bunohan yang memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam Sabtu. Turut sama ialah Pengarah Filem Bunohan, Dain Iskandar Said (lima kiri).Foto SHAARI CHEMAT

PUTRAJAYA: Filem Bunohan arahan Dain Said membawa tuah buat pengarah itu apabila diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, Sabtu.

Kemenangan yang menewaskan saingan terdekatnya, filem Songlap itu membolehkan Dain membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM20,000.

Dain turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 apabila meraih trofi Pengarah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik (RM15,000) dan Lakon Layar Terbaik (RM15,000).

Menerusi Bunohan juga, pelakon Faizal Hussein meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Sebelum itu, pada malam Anugerah Cipta FFM25 yang berlangsung pada Rabu, Bunohan turut merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Filem Songlap pula berjaya merangkul sebanyak empat anugerah iaitu Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Selain itu, anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Maya Karin, menerusi filem Ombak Rindu.

Para pemenang menerima sebuah trofi, wang tunai dan set barangan kemas tajaan Rafflesia.

FFM25 turut memberi lima anugerah khas iaitu Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita kepada Mariani Ismail, Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki (Datuk Aziz Satar), Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki (Manomaniam) dan Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: (Lai Meng).

Selain itu Anugerah Khas Juri diberikan khas kepada filem Vaajran.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Utama Rais Yatim turut menerima Anugerah Khas Pembela Seni dan Budaya Malaysia.

Terdahulu, FFM25 telah menyampaikan 11 Anugerah Cipta yang berlangsung pada Rabu lalu di e@Curve, Mutiara Damansara.

Acara FFM25 yang dianjurkan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysian (Gafim), Karyawan dan FDAM (Persatuan Pengarah Filem).

Berikut adalah pemenang-pemenang FFM25:

Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Filem Bukan Melayu Terbaik: Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn Bhd)

Pengarah Filem Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Cerita Asal Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Lakon Layar Terbaik: Bunohan (Dain Said)

Sinematografi Terbaik: Songlap (Haris Hue Abdullah)

Penyunting Terbaik: Songlap (Wong Hui Lynn)

Filem Box Office: Ombak Rindu

Pelakon Lelaki Terbaik: Bunohan (Faizal Hussein)

Pelakon Wanita Terbaik: Ombak Rindu (Maya Karin)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Songlap (Syafie Naswip)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Songlap (Normah Damanhuri)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: 29 Februari (Izzue Islam)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik: 29 Februari (Jojo Goh)

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita: Mariani Ismail

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki: Datuk Aziz Satar

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki: Manomaniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: Lai Meng

Anugerah Khas Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Utama Rais Yatim

Artikel Lain