suria

TV Live Cari Penonton Untuk Rakaman Program Televisyen

Ketua Pegawai Ekskutif Dangerous Media, Dave John dan Keroz Nazri ketika majlis pelancaran TV Live di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketua Pegawai Ekskutif Dangerous Media, Dave John dan Keroz Nazri ketika majlis pelancaran TV Live di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketua Pegawai Ekskutif Dangerous Media, Dave John dan Keroz Nazri ketika majlis pelancaran TV Live di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA: Hasil daripada idea untuk mencari penonton bersesuaian sesebuah rakaman atau siaran langsung program televisyen, Dangerous Media tampil memperkenalkan TV Live khusus bagi tujuan tersebut.

Ketua Pegawai Ekskutif Dangerous Media, Dave John berkata, menerusi sistem pemilihan penonton itu sesebuah acara itu akan mendapat reaksi yang lebih baik dan berkesan.

"Jika dibandingkan dengan program televisyen di luar negara penonton di studio lebih bertenanga dan mampu memberikan reaksi tetapu sukar untui melihat situasi berkenaan di Malaysia. Perkara itu terjadi mungkin disebabkan ia bukan minat dan dipaksa hadir ke acara berkenaan.

"TV Live mahu mengubah situasi itu dengan memilih penonton yang tepat untuk sesebuah rancangan dan melalui laman web kami pengunjung boleh mendaftar maklumat mengenai diri mereka dan beritahu kami program jenis apakah yang mereka minati.

"Menerusi kaedah itu kita akan mendapat sejumlah penonton yang benar-benar mahu menonton kerana sistem akan membuat pemilihan mengikuti kriteria," jelasnya.

Dalam pada itu, Dave berkata, selain mencari penonton, TV Live juga turut menawarkan khidmat penjualan tiket konsert atau sebarang rakaman eksklusif melibatkan selebriti tempatan dan antarabangsa.

Dave berkata, ahli yang mendaftar akan berpeluang menjadi antara individu terawal mendapat informasi mengenai sesebuah acara yang bakal berlangsung di Malaysia.

"Kita bukan sahaja ingin mencari penonton yang sesuai untuk sesebuah program tetapi turut membuat penjualan tiket konsert kepada ahli kami jika terdapat sebarang persembahan eksklusif diadakan," jelasnya.

Tambah Dave, sebagai permulaan, pihaknya telah berjaya mengumpulkan penonton sasaran untuk rakaman program Betul Ke Bohong musim keempat baru-baru ini.

Selain itu, Tv Live juga sedang mengaturkan beberapa program menarik seperti konsert Permata Adibah Noor, Jac dan Misha, Oh Tidakk! dan Sains Comot.

Kepada yang ingin mendaftar sebagai ahli dan mendapatkan keterangan lanjut mengenai TV Live, boleh melayari www.tvlive.com.my.

Artikel Lain