suria

Awi Rafael Tak Pernah Rasa Hebat Cipta Lagu Sendiri

Awi Rafael.
Awi Rafael.
Awi Rafael.

PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael tidak pernah menganggap dirinya hebat apabila memilih untuk merakamkan lagu ciptaannya sendiri berbanding menggunakan khidmat komposer lain.

Awi, 27, berkata, sebagai anak seni dia berasa lebih selesa dengan hasil ciptaannya selain memberikan lebih kepuasan ketika berada di studio rakaman.

"Saya tidak pernah rasa diri ini bagus kerana menggunakan lagu sendiri untuk album saya tetapi sebagai seorang penyanyi dan komposer ia memberi lebih kepuasan apabila saya berbuat demikian.

“Itu juga tidak bererti karya orang lain tidak bagus," jelasnya kepada mStar Online.

Awi baru sahaja muncul dengan album keduanya berjudul Asalkan Aku OK!

Dalam pada itu, Awi berkata, dia sangat berbesar hati apabila syarikat rakamannya, Warner Music telah memberikan kebebasan kepadanya untuk menentukan arah muzik yang diminatinya.

"Mereka sangat terbuka dan membiarkan saya bereksperimen dengan muzik yang saya gemari dan menyokong segala usaha saya," jelasnya.

Tambah Awi, dia juga sangat gembira apabila bertambah banyak artis-artis baru yang berkebolehan menulis dan mencipta lagu sendiri selain mempunyai vokal yang cukup baik.

"Itu adalah sebenarnya muzik yang perlu datang daripada hati. Saya cukup bangga tengok semakin ramai artis-artis muda yang mampu melakukan sendiri lagu mereka dan dapat diterima ramai," katanya.

Artikel Lain