suria

Chris Brown Pukul Frank Ocean Di Khalayak

Chris Brown
Chris Brown
Chris Brown

SEKALI lagi, penyanyi rap Chris Brown mencetuskan masalah apabila dia bergaduh dengan Frank Ocean di Westlake Studio, Los Angeles.

Menurut laporan The Sun, pertelingkahan bermula saat Chris meninggalkan studio rakaman tersebut pada malam Ahad lalu.

Ketika itu Frank dan sekumpulan rakannya itu baru memasuki studio.

Kemarahan Chris mulai terpancar apabila Frank menolak untuk berjabat tangan dengannya. Malah Frank memberikan kata-kata yang menaikkan api kemarahan kekasih kepada Rihanna itu.

"Ini studio aku, tempat letak kereta aku," kata Frank.

Tidak lama selepas itu, Chris terus memukul Frank. Manakala enam orang yang berada di sekeliling dua penyanyi tersebut hanya melihat pergaduhan tanpa sebarang campur tangan.

Bagaimanapun, ketika pihak polis tiba di tempat kejadian, Chris sudah pun beredar.

Artikel Lain