suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri Tegur Prism Berhad Tidak Patuhi Syarat

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA: Permohonan Performers & Artistes Right Malaysia Sdn Bhd (PRISM Berhad) iaitu badan yang mengutip royalti penyanyi tempatan, untuk diisytiharkan sebagai badan pelesenan di bawah Akta Hak Cipta 1987 tidak dapat dipertimbang selagi tidak mematuhi syarat permohonan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara syarat itu ialah tidak mengemukakan salinan perjanjian antara PRISM Berhad dengan ahli mereka kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Katanya, mereka juga tidak menyertakan dokumen bertulis bagi pelantikan anggota lembaga pengarah dan pegawai pengurusan PRISM Berhad dalam minit mesyuarat pertama lembaga pengarah.

"Selain itu terdapat percanggahan dalam dokumen minit mesyuarat agung pertamanya dengan senarai bilangan ahli yang dikemukakan kepada MyIPO serta tiada dokumen secara bertulis memaklumkan kaedah kutipan dan pengagihan royalti kepada ahli," katanya di sini, Selasa.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai dakwaan PRISM Berhad bahawa permohonan mereka tidak dilayan MyIPO sekalipun telah mematuhi semua prosedur serta menghantar tiga surat untuk mendapat maklum balas.

PRISM Berhad menghantar permohonan itu pada 24 Julai lepas dan menghadiri sesi temu duga pada 16 Ogos.

Menurut Ismail Sabri, MyIPO telah memberi tempoh selama tiga bulan dari tarikh temu duga itu sehingga 15 Disember lepas untuk PRISM Berhad mematuhi syarat ditetapkan.

Bagaimanapun sehingga kini MyIPO masih belum menerima permohonan lengkap daripada PRISM Berhad.

Katanya PRISM Berhad juga harus lebih bertanggungjawab, telus dan profesional dalam menjaga kepentingan anggota iaitu bukan sekadar mengutip royalti tetapi memastikan pengagihan setimpal dan telus. - -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain