suria

Hilal Azman Terkejut Masih Diterima Selepas 13 Tahun Menyepi

Hilal percaya disiplin dan komitmen yang tinggi pada setiap tawaran menjadi kunci kejayaan seseorang pelakon.
Hilal percaya disiplin dan komitmen yang tinggi pada setiap tawaran menjadi kunci kejayaan seseorang pelakon.
Hilal percaya disiplin dan komitmen yang tinggi pada setiap tawaran menjadi kunci kejayaan seseorang pelakon.

PETALING JAYA: Pelakon era 80-an, Hilal Azman tidak menyangka keputusan untuk bergiat semula dalam lakonan selepas 13 tahun menyepi diterima baik penggiat seni dan peminat.

Hilal, 52 berkata, dia memang merancang untuk muncul semula dalam dunia lakonan selepas beralih bidang kepada perniagaan seni reka di Thaiping, Perak susulan kegawatan ekonomi pada 1997.

“13 tahun juga saya beralih bidang mengusahakan perniagaan seni reka kerana kegawatan ekonomi pada 1997.

“Sepanjang tempoh itu keinginan untuk berlakon tidak pernah padam dan sentiasa membuak-buak.

“Namun, tidak sangka pula kemunculan semula ini diterima para penggiat seni dan penonton,” katanya.

Ujar aktor yang berpengalaman selama 34 tahun ini, sepanjang menjalankan perniagaan itu, dia tetap meletakkan sasaran untuk berlakon semula pada usia 50 tahun.

“Perniagaan berjalan dengan baik tetapi saya kurang tenang kerana tidak melakukan kerja (lakonan) yang memberikan kepuasan maksimum.

“Saya letak sasaran untuk kembali berlakon apabila umur mencecah 50 tahun. Pada 2011 saya muncul semula dalam industri seni,” katanya.

Hilal berkata, dia terkejut apabila hasrat untuk membina semula kerjaya lakonan mendapat perhatian dan tempat di kalangan produksi tempatan dengan mudah.

“Pada awalnya, saya ingat dapat watak picisan sahaja tetapi tidak sangka pula diberikan peranan-peranan penting.

“Saya percaya laluan ini menjadi mudah kerana industri lakonan kekurangan aktor berusia untuk menggalas watak bapa yang berkarakter.

“Dengan pengalaman yang ada, saya mudah mendapat tempat di kalangan penggiat,” katanya yang muncul semula menerusi penghasilan skrip telefilem Kabus lakonan Eman Manan dan Alex Komang pada 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Lain