suria

Berat Badan Daniel Craig Bertambah Selepas 'Skyfall'

Daniel Craig.
Daniel Craig.
Daniel Craig.

BERAT badan pelakon Daniel Graig dilaporkan telah meningkat selepas menyelesaikan penggambaran filem francais James Bond iaitu Skyfall yang ditayangkan pada tahun lalu.

Craig, 44, yang telah muncul dalam tiga siri filem tersebut bagaimanapun telah dinasihatkan oleh rakanya untuk kembali ke pusat kecergasan untuk menurunkan berat badannya.

"Dia telah menghabiskan masa berbulan-bulan di gim untuk watak dalam James Bond sebelum ini dan bentuk badannya sekarang tidak dalam keadaan baik.

"Dia perlu kembali untuk mengembalikan otot dibadannya supaya sesuai dengan watak James Bond yang dipegangnya," jelas sumber kepada dailystar.co.uk.

Craig sebelum ini telah muncul dalam tiga siri James Bond iaitu Casino Royale (2006), Quantum Of solace (2008) dan Skyfall (2012).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain