suria

Uji Rashid Tiada Keupayaan Gantikan Yuna

Ramli memberitahu beliau mendapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa kriteria sehingga menjadi penyebab mengapa penyanyi veteran itu terpaksa digugurkan daripada mempersembahkan lagu milik Yuna berjudul Terukir Di Bintang pada Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) yang berlangsung pada 6 Januari lalu.

PETALING JAYA:Kegagalan penyanyi Uji Rashid untuk memenuhi beberapa kriteria sebelum membuat persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 27(AJL27) pada 6 Januari lalu bagi menggantikan Yuna menjadi faktor kenapa beliau terpaksa digugurkan dalam acara tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS yang diberi tanggungjawab memimpin persembahan pada malam berkenaan sebagai Pengarah Muzik.

“Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.

“Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku.

"Pihak jurutera yang terlibat dalam persembahan berkenaan juga enggan menanggung masalah,” katanya seperti disiarkan dalam program Melodi pada Ahad.

Beliau diminta menjelaskan kemelut Uji Rashid dan TV3 yang masih belum reda apabila penyanyi itu kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi pihak Yuna yang ketika itu berada di Amerika Syarikat atas urusan album.

Pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat. Lagu berkenaan akirnya diumumkan sebgai Juara Lagu AJL27.

Uji sebelum ini mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.

Malah stesen itu juga dikatakan bersikap kurang sopan kerana masih tidak memohon maaf terhadap perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang turut kesal dengan kejadian itu.

Ramli memberitahu berdasarkan kepada penelitiannya terhadap ketidakupayaan Uji untuk membuat persembahan itu, beliau telah memberi nasihat kepada pihak TV3 untuk diputuskan.

“Selepas menilai suara dan keupayaan Uji, saya terangkan kepada pihak TV3 beberapa perkara tertentu dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan (sama ada terus menggunakan khidmat Uji ataupun menggantikan dengan orang lain),” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam reaksinya menerusi rancangan hiburan itu berkata, pengguguraan Uji dibuat dengan cara berhemah apabila pihaknya memanggil penyanyi itu untuk memaklumkan keputusan berkenaan.

Katanya, satu perbincangan telah diadakan di dalam sebuah bilik yag dihadiri oleh beberapa pihak dan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Yuna sendiri.

“Kami telah panggil dia (Uji) di dalam bilik dan kami jelaskan kepadanya beberapa perkara termasuklah sebab-sebab keputusan menggugurkannya dibuat,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain