suria

Kaka Tidak Cepat Melatah Kerana Gosip

Kaka bakal muncul dengan dua single baru pada tahun hadapan.
Kaka bakal muncul dengan dua single baru pada tahun hadapan.
Kaka bakal muncul dengan dua single baru pada tahun hadapan.

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bawa Aku Pergi, Kaka memberitahu tidak cepat melatah sekiranya ditanya mengenai sesuatu perkara sensitif tentang kerjaya atau kehidupan peribadinya.

Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 23, berkata, sebagai artis baru dia tidak perlu melatah sebaliknya cuba menjawab segala persoalan daripada pihak media dengan baik.

"Gosip itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan daripada dunia hiburan dan satu perkara yang saya belajar sepanjang menjadi penyanyi adalah perlu bijak menjawab soalan yang ditanya dan tidak cepat melatah," jelasnya kepada mStar Online.

Kaka sebelum ini pernah dihimpit kontroversi apabila lagu nyanyiannya bersama Zizan Razak itu dikatakan memberikan mesej buruk kepada remaja perempuan selain beberapa gosip melibatkan dirinya.

Dalam pada itu, Kaka menjelaskan dia sangat komited dengan kerjayanya dan tidak akan membiarkan gosip menyelubungi perjalanan karier yang masih hijau.

Kaka berkata, perjalanan sebagai seorang penghibur masih lagi jauh dan tidak mahu ia tercalar dengan kontroversi sehingga menyebabkan dia kehilangan kepercayaan daripada peminat.

"Cara saya mengelak semua cerita-cerita tidak enak mengenai atau melibatkan saya adalah dengan memberikan fokus seratus peratus terhadap kerjaya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Kaka berkata dia bakal muncul dengan single solo pada Januari ini dan memberitahu baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu bersama kumpulan Sleeq untuk album mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain