suria

Bekas Bapa Mertua Halang Jimmy Shanley Jumpa Anak Sendiri

Saat indah antara Jimmy Shanley dan Nursuhaila kini menjadi kenangan.
Saat indah antara Jimmy Shanley dan Nursuhaila kini menjadi kenangan.
Saat indah antara Jimmy Shanley dan Nursuhaila kini menjadi kenangan.

SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley telah diharamkan oleh bekas bapa mertua, Datuk Suhaimy Othman untuk menjejakkan kakinya ke rumah mereka di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini sejak Januari 2011.

Menurut laporan akhbar Kosmo!, Jimmy memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis bahawa dia mengaku tidak pernah berjumpa dengan anak tunggalnya, Zahra Rania Shanley, yang berusia setahun tujuh bulan yang tinggal di rumah tersebut sehingga kini.

“Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa anak saya ke rumah saya sendiri,” kata Jimmy yang diwakili peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.

Jimmy yang menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berkata demikian semasa disoal balas peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili bekas isterinya, Norsuhaila Eliani berhubung alasan pengacara itu tidak melawat Zahra.

Ia merupakan perbicaraan permohonan hak jagaan yang difailkan Nursuhaila, 26, selaku plaintif dan Jimmy pula sebagai defendan selepas mereka gagal memberi kata sepakat berhubung perkara tersebut sejak bercerai pada 10 Oktober lalu.

Menurut Jimmy, 32, kali terakhir dia datang ke rumah mertuanya itu pada Julai 2011 untuk berjumpa dengan anaknya yang lahir pada 24 Jun 2011.

Bagaimanapun, sejak itu dia tidak pernah berkunjung ke sana lagi apabila plaintif memberikan pelbagai syarat kepadanya untuk berbuat demikian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain