suria

Josiah Hogan Harap Wajah Kacukannya Tidak Timbul Masalah

Josiah tidak mahu hanya diberikan watak tipikal hanya kerana wajah kacukan Inggeris-Melayu yang dimilikinya.
Josiah tidak mahu hanya diberikan watak tipikal hanya kerana wajah kacukan Inggeris-Melayu yang dimilikinya.
Josiah tidak mahu hanya diberikan watak tipikal hanya kerana wajah kacukan Inggeris-Melayu yang dimilikinya.

PETALING JAYA: Pelakon Josiah Hogan tidak mahu menjadi artis stereotaip dengan hanya diberikan watak-watak tertentu kerana wajah kacukan Inggeris-Melayu yang dimilikinya.

Josiah, 26, berkata, sebagai pelakon dia mahu mencuba pelbagai watak dan tidak diberikan peranan hanya kepada dengan wajah kacukannya itu sahaja.

"Saya tidak mahu hadkan bakat lakonan saya kerana wajah kacukan sebaliknya ingin mencuba semua peranan jika diberi peluang.

"Pada saya rupa atau warna kulit tidak menjadi ukuran dalam lakonan," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Josiah berkata, dia bersyukur apabila berpeluang bekerja dengan pengarah terkenal seperti Osman Ali dan Khabir Bhatia dalam drama arahan mereka.

Menurut Josiah, walaupun gementar namun dia bertuah kerana dapat menimba ilmu daripada pengarah pengalaman tersebut demi meningkatkan keyakinannya sebagai pelakon.

"Seperti Khabir beliau adalah seorang pengarah yang tahu apa yang dimahukan dan tidak kedekut ilmu. Banyak saya belajar dan bertuah dapat bekerja dalam beberapa projek bersamanya," jelasnya.

Josiah memberitahu dia bakal muncul dengan beberapa drama seperti Bulan Bintang & Kita, Cinta Jangan Pergi dan siri komedi berjudul XoXo untuk saluran TV9.

Sementara itu, Josiah mengakui kemunculannya semakin dikenali selepas tampil dalam sebuah filem pendek berjudul Pasport Ekspres untuk program My Town di Astro beberapa bulan lalu.

Josiah berkata walaupun telah mula melibatkan diri dalam lakonan selama beberapa tahun namun filem pendek terbitan Red Films itu telah memberikan impak terutama popularitinya sebagai pelakon.

"Saya pada mulanya tidak perasan bahawa filem pendek itu popular sehinggalah videonya dimuat naik ke laman YouTube dan mendapat perhatian ramai.

"Walaupun saya rasa dari segi kerjaya masih sama tetapi kehadiran saya sebagai pelakon mula dirasai," ujarnya.

Pasport Ekspres arahan Rewan Ishak itu telah ditonton sebanyak 260,000 kali di YouTube setakat ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain