suria

Situasi Lucu Dalam 'Romantic Fools' 24 Oktober Depan

Barisan pelakon teater Romantic Fools.
Barisan pelakon teater Romantic Fools.
Barisan pelakon teater Romantic Fools.

PETALING JAYA: Kisah hubungan antara lelaki dan wanita menjadi pertaruhan teater sitkom pendek terbaru berjudul Romantic Fools yang akan dipentaskan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada hujung Oktober hingga November depan.

Teater arahan Reza Zainal Abdin itu akan menampilkan Joanne Kam dan Tony Eusoff sebagai teraju utama dan dibantu oleh Chelsia Ng, Iedil Putra, Megat Sharizal dan Sarah Shahrum.

Diilhamkan oleh pengarang ternama dari New York, Amerika Syarikat, Rich Orloff, karya ini turut mempunyai watak komedi yang menyentuh topik-topik cinta, nafsu dan berpacaran yang pernah dipentaskan di lebih 30 lokasi pada peringkat antarabangsa.

Ia bakal dipersembahkan dengan gaya sitkom seperti Friends dan How I Met Your Mother dengan mengemukakan situasi-situasi lucu yang sering dihadapi oleh pasangan bercinta.

Romantic Fools yang berlangsung selama dua jam ini akan bermula di Kuala Lumpur pada 24 Oktober hingga 4 November depan. Ia akan dipentaskan di Black Box, MAP @ Publika, Solaris Dutamas.

Pementasan seterusnya pula di Stage 1, PenangPac, Straits Quay Mall, Pulau Pinang pada 9 hingga 11 November depan.

Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 kini boleh didapati di Ticketpro dengan melayari www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-7880 7999, 017-330 5776.

Untuk belian tiket bagi persembahan di Pulau Pinang, layari www.ilassotickets.com.my, www.penangpac.org, atau hubungi 04-8991722, 04-8992722, 017-3305776.

Pementasan ini sesuai untuk penonton berumur 16 tahun ke atas.

Artikel Berikut

Artikel Lain