suria

Hubungan Katy Perry, John Mayer Bakal Berakhir

Katy Perry
Katy Perry
Katy Perry

LOS ANGELES: Penyanyi Katy Perry dikatakan kembali berstatus solo selepas hubungannya dengan penyanyi dan komposer John Mayer berakhir, baru-baru ini.

Laman web contactmusic.com melaporkan, Perry yang sedang popular dengan lagu Part of Me meminta agar Mayer tidak menghubunginya lagi kerana lelaki itu gagal untuk memberikan tumpuan terhadap hubungan mereka.

“John tidak mampu untuk memberikan tumpuan kepada hubungan mereka. Walaupun berulang-kali dia berjanji kepada Katy untuk berubah.

“Katy yang begitu ‘menggilai’ John terus memberikan peluang kepadanya namun lelaki itu masih tidak berubah sikap,” kata satu sumber kepada laman web RadarOnline.

Pasangan yang pernah putus dan berbaik kembali sebelum ini mula bercinta sejak awal Ogos lalu.

Menurut beberapa laporan, hubungan mereka retak hanya selepas dua minggu berkawan dan bertaut semula beberapa minggu kemudian.

Namun, pada kali ini, hubungan itu dikatakan benar-benar berakhir demi kebaikan bersama.

Perry sedang membuat persiapan untuk mengadakan majlis perceraiannya dalam masa terdekat.

Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan pelawak Russell Brand pada sebuah majlis di India selepas setahun berkenalan. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 14 bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain