suria

'KL Gangster' Ungguli Anugerah Blokbuster

Tiga beranak kongsi kejayaan. Dari kiri Syamsul Yusof, Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.
Tiga beranak kongsi kejayaan. Dari kiri Syamsul Yusof, Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.
Tiga beranak kongsi kejayaan. Dari kiri Syamsul Yusof, Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.

SHAH ALAM: Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof membawa tuah buat pengarahnya apabila diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 yang diadakan di Stadium Malawati, di sini, Ahad malam.

Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster turut memenangi bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat.

Dalam pada Itu, filem Khurafat yang juga merupakan karya Syamsul turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat.

Kemenangan KL Gangster sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Hantu Bonceng yang memenangi anugerah Filem Kelakar Terhebat dan Hero Terhebat (Zizan Razak).

Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.

Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.

Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Sementara itu, anugerah yang bertemakan 'Letusan Blok Warna' disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pada pukul 9 malam.

Pengacara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi tanggungjawab mengendalikan anugerah tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:

Anugerah Filem Paling Hebat

-KL Gangster

Anugerah Tuan Direktor Terhebat

- Syamsul Yusof – KL Gangster

Anugerah Direktor Baru Terhebat

- M Suurya – Sumpahan Puaka

Anugerah Filem Aksi Terhebat

- KL Gangster

Anugerah Filem Kelakar Terhebat

- Hantu Bonceng

Anugerah Filem Takut Terhebat

- Khurafat

Anugerah Drama Muzikal Terhebat

- Nur Kasih The Movie

Anugerah Hero Terhebat

- Zizan Razak – Hantu Bonceng

Anugerah Heroin Terhebat

- Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster

Anugerah Watak Penyangak Terhebat

- Fikri Bakar – Klip 3GP

Anugerah Lagu Filem Terhebat

- Ombak Rindu

Anugerah Hero Baru Terhebat

- Shahir (Karak)

Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla – Ratu The Movie

Anugerah PFM

- Syamsul Yusof

Anugerah Astro First Terhebat

- Kongsi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain