Yusry Jadi Punca Penyakit Mata Lisa Surihani

Lisa Surihani
Lisa Surihani
Lisa Surihani

KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus.

Lisa berkata, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.

“Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu, penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.

“Ia bermula dengan mata sebelah kiri. Kemudian merebak kepada mata kanan. Kedua-dua mata Lisa merah dan pedih. Nak buka pun sakit,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas pelancaran portal perniagaan dalam talian iaitu 701pages.com di Hotel Westin di sini, Khamis.

Lisa memberitahu penyakit yang dialaminya itu amat berbahaya dan pihak doktor memberikannya cuti sakit selama dua minggu sehingga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Mana Hilangnya Juita.

Kata Lisa, sakit mata itu menyebabkan dia sukar membuka mata ketika hendak bangun tidur selain mata menjadi berair serta pedih.

Katanya, doktor turut menasihati agar dia tidak menggunakan kanta lekap selain perlu mengelak daripada menggunakan solekan di kawasan muka bagi mengelakkan penyakit berkenaan sukar untuk sembuh.

“Kerana nasihat doktor itu, saya terpaksa membatalkan banyak sesi fotografi untuk Hari Raya yang telah diatur sebelum ini,” katanya yang bersyukur penyakit itu beransur pulih dan dia terpaksa memakai cermin mata buat sementara waktu.

Sementara itu Lisa turut menasihatkan peminatnya supaya tidak menyentuh mata masing-masing sesuka hati kerana ia boleh menjadi punca kepada jangkitan.

Katanya, mata adalah aset yang amat bernilai dan pancaindera itu haruslah dijaga dengan rapi agar tidak mengalami masalah.

“Kalau nak sentuh mata, gunakanlah kapas dan cucikannya dengan air yang bersih,. Jangan amalkan sikap suka menggosok mata serta menyentuhnya dengan jari,” nasihat Lisa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aizat Sedia Tunaikan Haji Tahun Ini

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain