Aizat Sedia Tunaikan Haji Tahun Ini - Hiburan | mStar

Aizat Sedia Tunaikan Haji Tahun Ini

Aizat Amdan. Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH
Aizat Amdan. Foto AHMAD MOHSIN DADAMEAH

PETALING JAYA: Penyanyi Aizat Amdan merancang ingin menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas berasa diri sudah bersedia untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.

Aizat, 23, berkata, hatinya mula terbuka selepas dia menunaikan umrah bersama-sama dengan Noh (Hujan) dan Altimet bagi menjayakan program TV9, Umrah Kita pada Mac lalu dan menganggap usia bukanlah satu penghalang untuk dirinya beribadah.

"Pada pendapat saya, jika ada simpanan kewangan yang lebih serta keizinan kesihatan yang baik, adalah lebih baik untuk kita menunaikan haji semasa umur masih muda.

"Tidak perlu menunggu pada hari tua. Ketika muda inilah, dengan tubuh badan yang sihat dan masih kuat, ibadah kita menjadi lebih mudah.

"InsyaAllah, saya juga berhasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini jika tiada aral melintang," katanya yang akan menemui penonton menerusi Umrah Kita yang disiarkan pada bulan Ramadan ini setiap Isnin pukul 11 malam.

Tambah Aizat, dia juga ingin menyarankan kepada golongan muda untuk tidak melengahkan masa melaksanakan tanggungjawab tersebut sebagai umat Islam.

"Ada setengah orang, faktor umur dijadikan ukuran utama dalam ibadah haji kerana ketika badan masih sihat, kuat dan bertenaga inilah antara perjuangan jihad kita dapat dilakukan dengan cukup sempurna.

"Bagaimanapun, lakukanlah ibadat umrah dahulu sebagai permulaan. Memang seronok apabila berada di sana, rasa tenang," ujarnya.

Sementara itu, Aizat berkata, dia juga sedang membuat persiapan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang muzik di Garnish School Of Sound, United Kingdom, pada Ogos depan.

"Selepas menangguh keinginan untuk mengikuti kursus muzik di UK, akhirnya tercapai juga hasrat itu.

"Rasa tidak sabar pula ke sana. Saya akan mengambil kursus itu untuk jangka masa enam bulan," katanya.

Dalam kesibukan mengikuti kursus muzik tersebut, Aizat turut mempersiapkan pembikinan album terbarunya yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain