Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku - Hiburan | mStar

Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku

Faizal Hussein
Faizal Hussein

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein menjelaskan buku pertama tulisannya berjudul Limelight bukan bertujuan untuk menyindir atau mengaibkan mana-mana pihak di dalam industri perfileman tanah air.

Faizal berkata, buku itu sebaliknya memaparkan realiti sebenar dunia perfileman tempatan berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun bergelar pelakon.

"Mungkin beberapa kandungan dalam buku ini akan menyinggung pihak tertentu tetapi semua itu adalah fakta dan cerita yang saya dengar dan lalui dalam industri perfileman sepanjang 40 tahun.

"Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua jika ada yang kurang senang atau terasa. Namun ia dihasilkan untuk tatapan dan panduan kepada warga seni khususnya yang baru mengenai selok-belok industri," ujarnya kepada mStar Online.

Limelight memaparkan corat-coret dunia perfileman daripada kaca mata aktor itu. Ia juga adalah perkongsian kisah peribadi Faizal yang dilahirkan daripada keluarga seni aktor dan pengarah veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan aktres Allahyarham Mahyon Ismail.

Buku setebal 200 halaman itu diterbitkan Merpati Jingga dan bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Bercerita lanjut, Faizal menyifatkan buku tersebut sebagai medan terbaik untuk dia memberikan panduan dan bimbingan kepada karyawan muda berhubung matlamat sebenar dalam dunia seni.

"Majoriti artis baru hanya melihat bidang ini untuk popular dan hidup mewah sedangkan anak seni mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat.

"Saya mahu berkongsi dengan anak seni dan pekerja-pekerja filem dan membetulkan matlamat sebenar dan tanggungjawab mereka berdasarkan pengalaman saya selama ini," luahnya.

Ditanya mengenai keberaniannya mendedahkan realiti sebenar industri filem dalam buku itu, Faizal berkata dia bersedia menerima pelbagai reaksi ekoran tindakan itu.

"Saya sedar apabila kita bercerita dengan ikhlas mengenai sesuatu kebenaran, pasti ada pihak yang tersinggung dengan pendedahan itu.

"Ada banyak kisah sebenar berkaitan pengalaman dan luahan arwah bapa saya mengenai industri, selain cerita peribadi saya dan keluarga. Tapi saya berasa ia perlu dikongsi kepada khalayak," akuinya.

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata dia bakal memulakan penggambaran filem terbaru arahan Bade Hj Azmi berjudul Hitam Putih tidak lama lagi.

Dua filem lakonannya, Pencinta dan Gila-Gila Remaja masih menantikan slot tayangan di pawagam.

Artikel Sebelum

Ella Nikah Juruterbang 7 Julai

Artikel Berikut

Kylie Minogue Selar Imej Murah Madonna

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain