suria

Jennifer Lopez Sentiasa Bawa Penutup Tandas

Jennifer Lopez
Jennifer Lopez
Jennifer Lopez

TERNYATA Jennifer Lopez seorang diva yang begitu teliti dalam hal kebersihan diri apabila melihat dia sanggup membawa penutup tandas peribadi ke mana-mana sahaja. Menurut sumber terdekat, penyanyi seksi itu tidak mahu membuang air di sembarangan tempat melainkan tandas tersebut sesuai dengan piawaian kebersihan seperti yang diinginkan.

Justeru itu, kekasih Jennifer iaitu Casper Smart menempah penutup tandas yang direka khas di mana ia mampu bertahan daripada serangan bakteria dan kuman.

"Jennifer seorang pembersih dan dia tidak suka ke tandas yang dirasakan kotor, melainkan tandas itu miliknya.

"Mempunyai penutup tandas khas membuatkan dia berasa lebih selesa," kata sumber kepada The Sun.

Dalam pada itu, Jennifer bukan sahaja membawa penutup tandas sendiri, bahkan, dia turut mempunyai tisu tandas yang berkualiti tinggi.

Artikel Lain