suria

Ella Nikah Juruterbang 7 Julai

Ella
Ella
Ella

PETALING JAYA: Ratu rock negara Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin bakal bergelar bernikah dengan seorang juruterbang dari Muar, Johor pada 7 Julai depan.

Harian Metro pada Khamis melaporkan, sumber terdekat keluarga Ella yang enggan dikenali berkata, penyanyi berusia 46 tahun itu bakal bernikah dengan juruterbang berkenaan di rumah keluarganya di Klang dekat sini pada tarikh tersebut.

“Apa lagi yang hendak dikatakan, ia sama saja seperti majlis pernikahan orang lain. Dia (Ella) akan dinikahkan dengan seorang juruterbang dari Muar, Johor,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Sebelum itu, Ella dikesan mengikuti kursus perkahwinan pada 3 dan 4 Mac lalu hingga menimbulkan andaian dia sudah menemui calon suami dan bakal menamatkan zaman solonya.

Bagaimanapun, Ella enggan mengulas perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri.

Berita pernikahan penyanyi ini mula tersebar selepas ia disiarkan oleh beberapa blog hiburan, baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain