suria

Sean Kingston Parah Jet Ski Langgar Jambatan

PENYANYI lagu Beautiful Girls , Sean Kingston dikejarkan ke hospital Miami setelah jet-ski yang ditunggangnya bersama seorang wanita melanggar sebuah jambatan.

Keadaan Sean dikatakan parah apabila kepalanya terhantuk pada jambatan batu tersebut. Dia dibawa ke Hospital Jackson Memorial bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa, tiada sebarang kesan alkohol yang mempengaruhi penyanyi tersebut yang menyebabkan punca kemalangan itu berlaku.

Sumber berkata, laporan tersebut juga mengatakan wanita berusia 23 tahun yang bersamanya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain