suria

Salman Khan Dibaling Batu Ketika Penggambaran

PELAKON bollywood mengakui dibaling batu ketika melakukan penggambaran filem terbarunya berjudul Bodyguard.

Penggambaran yang dilakukan di Pune Okayama Friendship Garden, Jepun ini telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar apabila taman tersebut ditutp kerana penggambaran berlangsung.

Taman yang menrupakan salah satu tempat popular itu ditutup selama tiga hari untuk penggambaran filem yang dibintangi aktor Salman Khan dan Kareena Kapoor.

Kemarahan bertambah serius apabila penduduk menunjukan protes melalui sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada pemilik taman terbabit.

Selain tidak dibenarkan masuk ke taman tersebut bantahan turut dilakukan akibat pembuangan sampah yang ditinggalkan kru produksi filem tersebut.

Filem Bodyguard merupakan sebuah filem dari produksi kakak ipar Salman Khan, Atul Agnihotri.

Kareena Kapoor akan memainkan watak seorang gadis kaya, sementara Salman memainkan watak sebagai penjaganya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain