Salman Khan Ingin Tukar Nama 'Bollywood' Kepada 'Hi-FI' - Hiburan | mStar

Salman Khan Ingin Tukar Nama 'Bollywood' Kepada 'Hi-FI'

Salman Khan
Salman Khan

MUMBAI: Aktor Salman Khan mengakui tidak bersetuju dengan nama Bollywood yang digunakan bagi menggambarkan dunia perfileman India.

Terbaru, Salman dikhabarkan mahu menggantikan nama Bollywood kepada Hi-FI yang merujuk kepada singkatan Industri Perfileman Hindi (Hindi Film Industry).

Bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu berkata, dia tidak sebenarnya tahu dari mana datangnya idea nama Bollywood itu.

"Bollywood bukanlah nama industri kami. Saya tidak tahu dari mana nama istilah itu muncul dan kami terus menggunakannya," ujarnya yang dipetik India Times.

Aktor berusia 44 tahun itu lebih suka jika industri filem India dipanggil dengan nama yang lebih universal. Baginya, nama Bollywood kedengaran terlalu mengikut nama industri filem Amerika iaitu Hollywood.

"Saya benci nama Bollywood. Apa maksudnya itu? Menggelikan," tulis Salman dalam akaun Twitter-nya.

Istilah Bollywood seharusnya digunaka untuk industri filem berbahasa India yang bertapak di kota Mumbai saja. Namun, orang ramai sering menyalahertikan Bollywood sebagai nama industri untuk seluruh filem di India.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cheryl Cole Nama Paling Popular Untuk Anjing

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain