suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zac Efron Temui Pengganti Vanessa Hudgens

Zac Efron(/b)
Zac Efron(/b)
Zac Efron(/b)

SELEPAS perhubungan cinta antara Zac Efron dan Vanessa Hudgens putus pada 13 Disember tahun lalu, Zac telah menemui cinta barunya.

Aktor tersebut didapati hadir menemani aktres Teresa Palmer pada tayangan perdana filem Teresa berjudul Take Me Home, baru-baru ini.

Menurut sumber kepada majlaah People, kedua-dua mereka berpegangan tangan pada tayangan tersebut dan gerak tubuh mereka seperti pasangan yang baru bercinta.

Malah mereka juga kelihatan lebih intim selepas tayangan filem tersebut di restoran Pink Tarco Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Selepas tayangan mereka telah ke restoran tersebut dan masing-masing berborak sambil ketawa kecil. Mereka seperti benar-benar baru bercinta.

"Bagaimanapun, pasangan itu seperti tidak merahsiakan perhubungan baru itu kerana mereka agak selamba menunjukkan reaksi mesra masing-masing dan tidak kisah apabila perbuatan mereka diperhatikan umum," katanya.

Menurut sumber lain pula, Zac dan Palmer telah ke kelab malam Voyeur di Hollywood berdua untuk bertemu rakan-rakan Zac.

Sementara itu, wakil Zac enggan memberi komen berhubung perhubungan pasangan tersebut.

Artikel Lain