suria

Exploration: Kupas Kehidupan Putera William dan Kate Middleton

PETALING JAYA: Bagi peminat-peminat pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleson, kehidupan mereka boleh disaksikan menerusi dokumentari baru, Exploration, yang disiarkan setiap Ahad, pukul 8.30 malam.

Bermula dengan perkenalan mereka, sehinggalah pasangan itu nekad untuk mendirikan rumah tangga, Exploration akan memaparkan kisah cinta pasangan tersebut yang dikatakan bakal menghidupkan kembali kemasyhuran Britain sejak zaman mendiang Puteri Diana.

Malah pengorbanan yang perlu mereka lalui sebagai pasangan yang sering dikejar media dan pihak-pihak lain juga dipaparkan dan pastinya para penonton tidak ingin ketinggalan mengikuti slot ini.

Selain pasangan tersebut, elain pasangan popular itu, Exploration juga akan memaparkan kehidupan kisah keluarga diraja lain.

Lebih menarik lagi, kupasan unik sejarah Malaysia memberi peluang kepada penonton berpeluang mengenali tokoh-tokoh Malaysia dengan lebih dekat. Tambahan pula, slot Exploration ini juga bakal menampilkan anda haiwan prasejarah.

Rancangan ini juga akan membawa penonton mengembara habitat binatang buas dan pemangsa laut dan darat.

Bagi yang menggemari tentang kehidupan laut, terdapat juga kisah ikan jerung serta beberapa spesis sotong gergasi yang terbesar di dunia menerusi kupasan yang dibuat oleh rancangan ini.

Exploration yang membawakan penonton pelbagai informasi menarik untuk santapan minda akan disiarkan setiap Ahad bermula jam 8.30 malam di ntv7.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my, www.tonton.com.my, atau http://mobile.ntv7.com.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain