Ainul Aishah Buka Francais Makanan Pencuci Mulut - Hiburan | mStar

Ainul Aishah Buka Francais Makanan Pencuci Mulut

PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah mengakui kerana terlalu gemar terhadap makanan pencuci mulut Tutty Fruitti membuatkan dia menyuarakan pendapat kepada keluarganya untuk membuka sebuah francais makanan tersebut.

Walaupun merupakan sebuah perniagaan keluarga namun Ainul menganggap ia sebagai titik permulaan baginya menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

“Idea untuk membuka francais timbul apabila saya sering ke kedai Tutty Fruitti dan melihat ramai yang menggemarkannya juga.

“Saya rasa ia mendapat sambutan baik biarpun agak baru di Malaysia, oleh itu saya tekad mengambil nombor pihak berkenaan dan beri kepada ibu,” katanya yang mengadakan majlis pembukaan kedai yang terletak di Bangi, Selangor itu pada Sabtu (hari ini).

Jelas Ainul, dia tidak menyangka hasrat tersebut dilaksanakan oleh keluarganya apabila terus menghubungi Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn Bhd yang bertanggungjawab membawa masuk Francais tersebut ke Malaysia.

“Saya hanya beri idea kepada keluarga saya dan tidak sangka mereka juga berminat untuk membuka cawangan tersebut.

“Namun begitu, urusan perniagaan diuruskan oleh abang saya memandangkan saya mempunyai komitmen dalam bidang seni,” ujar Ainul yang kini sibuk dengan penggambaran drama Begitulah Cinta.

Bagaimanapun, jelas Ainul dia akan membantu dan belajar sedikit sebanyak selok belok pengurusan perniagaan bagi membolehkannya menceburkan diri dalam bidang itu satu hari nanti.

“Saya seorang yang suka berniaga, namun begitu saya lebih berminat menguruskan sebuah kedai pakaian berbanding perniagaan jenis makanan.

“Tapi dengan adanya kedai Tutty Fruitti ini sedikit sebanyak bolehlah saya belajar untuk menguruskan perniagaan sendiri kelak,” katanya.

Artikel Sebelum

Showdown 2011 Kembali April Ini

Artikel Berikut

Ana Rafalli Jawab Dituduh Kurang Ajar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain