Raja lawak 5: Tiada Penyingkiran pada minggu pertama - Hiburan | mStar

Raja lawak 5: Tiada Penyingkiran pada minggu pertama

KUALA LUMPUR: Tiga peserta yang mendapat undian terendah iaiti Leman (5.6 peratus), kumpulan Lucky (5.2 peratus) dan kumpulan Balas (4.2 peratus) terselamat daripada disingkir pada pertandingan realiti Raja Lawak musim ke-5 (RL5) yang diadakan di Studio Finas, Jumaat.

Pengumuman yang dibuat oleh juri Afdlin Shauki ternyata melegakan mereka selepas diumumkan sebagai tiga peserta yang mendapat undian sistem pesanan ringkas (SMS) paling rendah oleh hos Johan dan Zizan.

Ini membuka peluang kepada ketiga-tiga peserta tersebut untuk bersaing semula dengan sembilan peserta lain iaitu kumpulan TBO, Man, kumpulan kami, Kumpulan Bobo, kumpulan Kopi-O, Nazmi, Epy, kumpulan Pukaw serta kumpulan R2 pada minggu hadapan.

Pada pertandingan minggu pertama itu, kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan bebas sebagai tanda perkenalan mereka kepada penonton.

Ternyata peserta-peserta RL5 kali ini lebih hebat berbanding musim-musim sebelumnya dan antara peserta yang menyerlah pada malam itu ialah kumpulan Balas, Nazmi, Epy dan R2.

Menurut Afdlin dia gembira menjadi juri bersama-sama dengan Sathiya serta David Teo kerana peserta-peserta musim ini lebih kreatif dan kebanyakan lawak mereka menjadi.

"Memang sebelum ini agak susah untuk saya ketawa pada pertandingan RL, tapi tidak pada kali. Apa yang saya lihat, kumpulan Balas, Nazmi

"Lawak mereka bersahaja dan idea yang digunakan juga segar. Pengisian mereka juga sesuai dengan isu-isu semasa cuma takut kalau penonton tak faham.

"Bagi Leman pula, lawak dia ada yang menjadi ada yang tidak. Dia perlu bijak mengambil hati penonton dengan menggunakan dialog-dialog yang bersesuaian.

"Cuma kami saya agak terkejut apabila melihatkan peserta yang menyerlah ketika ujibakat tidak menyerlah dan yang tidak menyerlah pada ujibakat, persembahan mereka agak menyerlah pada minggu ini," katanya.

Sementara itu, beritahu Sathiya pula, dia gembira kerana RL5 merupakan program pertama dia menjadi juri untuk sebuah pertandingan lawak dan dia gembira ada beberapa peserta yang boleh dilihat menjadi pelapis sebagai seorang pelawak di masa akan datang nanti.

"Sebagai juri, seboleh-bolehnya saya tidak mahu gelak dengan lawak mereka kerana kalau saya gelak dengan lawak yang dibuat, risau pula jika mereka mengambil kesempatan untuk tidak bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini.

"Bagi saya, peserta-peserta ini sudah memiliki kriteria sebagai seorang penghibur, cuma mereka perlu lebih kreaif lagi untuk menjadi seorang pelawak. "Kami akan bantu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. tetapi mereka perlu ingat, apa yang dirancang sebelum pertandingan mungkin akan berubah secara spontan ketika berada di pentas.

"Bagaimanapun, kami harap para penonton perlu memberi undian yang betul. Kami percaya akan berlakunya kes salah undi dimana peserta yang bagus terpaksa disingkirkan," ujarnya.

Pada malam pertandingan tersebut, selain lawak jenaka peserta-peserta RL5, juri-juri serta Johan dan Zizan turut menghiburkan penonton dengan lawak-lawak mereka.

Lebih-lebih lagi kehadiran David Teo sebagai juri turut menggamatkan suasana pertandingan itu apabila penerbit itu memberi komen-komen dengan caranya yang tersendiri.

RL5 yang diterbitkan oleh Astro Prima itu ditayangkan secara langsung pada setiap hari Jumaat bermula pada 7 Januari, pada pukul 9 hingga 11 malam.

Bagi program Kapsul RL yang memaparkan aktiviti para peserta se[anjang minggu mereka berada di RL itu pula disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9, bermula pada 3 Januari lalu.

Artikel Sebelum

Ikram Dinzly Terbawa Watak Ke Luar Lokasi

Artikel Berikut

Justin Bieber Idam Anugerah Grammy

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain