Jenazah Shamrin Selamat Dikebumikan - Hiburan | mStar

Jenazah Shamrin Selamat Dikebumikan

SUBANG JAYA: Jenazah penyanyi Shamrin dari kumpulan Fotograf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang, Jumaat.

Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada petang Khamis ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Kira-kira 100 orang yang hadir memberikan penghormatan buat kali terakhir kepada jenazah yang dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah, USJ 9, di sini, pada pukul 10 pagi, Jumaat.

Antara yang hadir termasuklah balu Shamrin, Jazriatul Akma Abu Saman,29, bersama dua anak, Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan, bekas isteri pertama Shamrin, Noreda Mohd Razali, 45, dan anak hasil perkongsian perkahwinan dengan Shamrin, Siti Najwa, 17.

Sementara rakan artis yang turut serta adalah penyanyi Nash (Lefthanded), Lah Ahmad Nasser Wahab, Aris Ariwatan, Zura (The Girls), Hairi (Kool), Ali (Mpire), Zamani (Slam), pelakon Accapan, Abon dan bekas pemain bass Fotograf, Amran Abu Sidek.

Apa kata rakan-rakan artis:

Hairi (Kool)

“Semasa Shamrin meninggal dunia, saya dan beberapa rakan artis lain berada bersamanya. Sejak tumpang tidur di rumah Riot semalam, dia sudah nampak letih dan tak cukup tidur.

“Riot ada bercerita kepada saya, semasa Allahyarham di rumahnya semalam, Riot menyuruhnya berehat terlebih dahulu kerana dia Allahyarham kelihatan letih.

“Namun Allahyarham menjawab tak boleh tidur, bahaya, nanti tidur terus.”

Amran Abu Sidek (bekas pemain bass Fotograf)

“Minggu lepas, saya ada berborak dengan dia, merancang untuk menegakkan hak band tempatan yang dipinggirkan sebaliknya penulis lirik dan komposer yang diberi keutamaan setelah album kompilasi kumpulan rock dihasilkan.

“Kami mahu lakukan bukan sebab duit semata-mata tetapi mahu tegakkan hak anggota band seperti kami. Selepas dia tiada, saya rasa tidak akan teruskan perancangan ini sebab dah tak larat.

“Mengenali Allahyarham, dia merupakan seorang yang sangat berbakat dan sudah dilahirkan untuk bergelar penyanyi. Saya berani katakan yang dia merupakan penyanyi paling terbaik dalam industri hiburan ini.”

Opie (Bloodshed)

“Saya rapat dengan dia sejak kami sekolah sama-sama. Saya pernah menerbitkan album Fotograf berjudul Fokus dan Juara Mimpi.

“Minggu lepas, saya mengajak Allahyarham pergi buat show di Melaka dan dia beria-ia untuk menyanyi. Jadi, saya rasa terkejut kerana sepanjang mengenalinya, dia tidak pernah sakit dan aktif bermain bola sepak.”

Shamsul Bahrin (bekas pengurus Fotograf)

“Sebagai kawan, Allahyarham sangat prihatin dengan Ringgo (Fotograf) yang kini berada di Venezuela. Dia sanggup menunggu Ringgo pulang ke Malaysia untuk menerbitkan album terbaru tetapi nampaknya niat itu tidak kesampaikan.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Karnival Upin & Ipin Disember Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain