suria

Tayangan Amal Bantu Mangsa Gunung Berapi & Tsunami

PETALING JAYA: Atas dasar keprihatinan terhadap mangsa-mangsa korban letusan Gunung Merapi dan tsunami Mentawai di Indonesia baru-baru ini, syarikat Lindung Seni Sdn Bhd tampil ke depan dengan menganjurkan majlis tayangan amal bagi membantu mangsa-mangsa bencana tersebut.

Dua buah filem popular Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 (KCB1 & 2) arahan Chaerul Umma bakal ditayangkan di sinepleks TGV KLCC pada 13, 14, 27 dan 28 November ini bagi mengumpul dana untuk tabung berkenaan.

Slot tayangan filem KCB1 akan diadakan pada pukul 2.30 petang manakala KCB2 pada pukul 5.30 petang pada tarikh-tarikh yang dinyatakan. Harga tiket yang dikenakan untuk setiap filem adalah RM15 bagi dewasa dan RM10 untuk pelajar dan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Filem tersebut menjadi pilihan berikutan sambutan yang begitu menggalakkan sepanjang tempoh tayangannya di Indonesia, selain pernah memenangi lima anugerah besar dan anugerah Film Terfavorit di Anugerah Filem Indonesia 2010 (IMA2010), baru-baru ini.

Projek amal ini mendapat sokongan penuh daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), jumlah kematian akibat letusan Gunung Merapi sehingga kini mencecah 151 orang dan seramai 320,090 mangsa telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Sementara mangsa korban kematian akibat tsunami di Mentawai pula mencecah 447 orang dan 57 orang mangsa masih belum ditemui.

Untuk tempahan tiket dan keterangan lanjut, sila hubungi Cik Rose di talian 03-22722882 atau 012-3383347.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Angah Tegur Pelawak Murahan

Artikel Lain