suria

Aizat Cipta Lagu Demi Palestin

Aizat sewaktu beraksi dalam Konsert Cornetto's Take A Chance, Show Your Love di Bukit Bintang Plaza. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF
Aizat sewaktu beraksi dalam Konsert Cornetto's Take A Chance, Show Your Love di Bukit Bintang Plaza. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF
Aizat sewaktu beraksi dalam Konsert Cornetto's Take A Chance, Show Your Love di Bukit Bintang Plaza. - Foto THE STAR Oleh M. AZHAR ARIF

JUARA Anugerah Juara Lagu ke-24, Aizat Amdan menyumbangkan sebuah lagu bertajuk Erti Hari Ini bersempena kempen Bebaskan Bumi Palestin.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Susun Silang Kata itu terpanggil untuk turut sama berbakti dan menyumbang tenaga dalam memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman rejim Zionis, Israel.

Walaupun ianya tidak berbentuk wang ringgit, namun usaha dan cetusan idea yang hadir dalam dirinya diharapkan membuka mata rakyat Malaysia mengenai kempen Bebaskan Bumi Palestin.

Lirik lagu tersebut menyentuh tentang kehidupan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Melalui lagu ini juga, Aizat akan menghasilkan sebuah muzik video yang memaparkan beberapa babak-babak tragis yang berlaku di Semenanjung Gaza. Muzik Video ini akan memperlihatkan Aizat beraksi bersama abangnya, Anas.

Video muzik itu akan dihasilkan oleh Douglas Khoo, pengarah yang berjaya memenangi beberapa anugerah ternama sebelum ini.

Primeworks Studio pula akan bertanggungjawab dalam penghasilan muzik video ini yang akan membuat penggambaran melalui ‘chroma key’ atau ‘green screen’.

Dalam perkembangan lain, Aizat akan melancarkan album keduanya hari ini pukul 2 petang di Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Idea dan konsep untuk kempen Bebaskan Bumi Palestin dicetuskan melalui kolaborasi di antara Faizal Tahir yang diangkat sebagai duta kempen dan pihak TV3 selaku penaung dengan kerjasama Primeworks Studios (PWS).

Ia bermula apabila mereka masing-masing tersentuh dengan peristiwa pertumpahan darah yang melibatkan kru dan penumpang yang terdiri daripada sukarelawan di atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain