suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunga Citra Lestari Tertekan Gara-Gara Video "Panas"

JAKARTA: Bunga Citra Lestari (gambar) mengaku dia agak tertekan mendengar berita serta gosip mengaitkan dia salah satu suspek dalam kes video lucah membabitkan Ariel Peterpan atau nama sebenar, Nazril Irham.

Bunga kini tengah mengandung anak pertamanya dari hasil pernikahan dengan pelakon dari Malaysia, Ashraf Sinclair.

"Ya, saya memang tahu mengenainya tuduhan itu sejak tiga atau empat bulan yang lalu. Tetapi, saya enggan membuat apa-apa kerana wanita dalam video itu memang bukan saya," katanya di Balai Sarbini, Sabtu lalu.

Wanita yang mesra disapa Unge ini juga enggan memberikan apa-apa penjelasan tentang berita tersebut.

Ini kerana Unge dan keluarganya tahu dia bukanlah wanita dalam video lucah berkenaan.

"Buat apa membuat laporan polis mencari siapa yang menyebarkan isu palsu seperti ini? Saya dan keluarga mengenali siapa diri saya yang sebenar," katanya.

Namun, Bunga tidak menafikan dia memang mengenali Ariel. - detikhot.com

Artikel Berikut

Artikel Lain