suria

Akim Merana Kerana Skim Cepat Kaya

Akim ketika membuat persembahan di Konsert Cornetto kelmarin.
 Akim ketika membuat persembahan di Konsert Cornetto kelmarin.
Akim ketika membuat persembahan di Konsert Cornetto kelmarin.

SELEPAS kejayaan lakonan dalam drama bersiri, Kau dan Aku musim pertama, finalis Akademi Fantasia musim ketujuh, Afiq Hakim atau lebih dikenali sebagai Akim memperluaskan bakatnya dalam telefilem, Saham Neraka yang akan bersiaran di slot Cerekarama TV3, 10 Julai ini.

Menurut Akim, dia ingin mencari pengalaman baru dan bekerja dengan pengarah tersohor, Erma Fatima.

"Saya tak pernah bekerja dengannya. Saya rasa selesa dan gembira bekerja dengannya kerana dia tidak memberikan tekanan kepada saya.

"Bagi saya, peluang ini adalah pengalaman baru kepada Akim," katanya kepada MStar Online.

Akim berlakon bersama Jue Aziz dan Datuk Jalaluddin Hassan. Dalam blog afiqhakim.com , Akim menulis, drama bergenre komedi menurut tweet Erma Fatima itu mengisahkan skim cepat kaya.

Dalam telefilem itu, Akim memegang watak Rosli yang taksub kepada saham. Akim telah melabur dalam satu saham yang tidak berdaftar dan ia menjadikan nasib Akim dan keluarganya teruk. Lokasi penggambaran kebanyakan dijalankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akim menyifatkan dia sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu dengan Erma yang dilabel sebagai "garang" oleh sesetengah pihak.

"Ia adalah satu pengiktirafan dan saya sangat bertuah. Orang cakap dia garang, tapi dia tegas. Bila dalam set, kita kena jalankan betul-betul.

"Sebagai seorang pelakon, kita kena jalankan tanggungjawab kita betul-betul. Kalau main-main, itulah yang dia marah," ujarnya.

Pernahkah Akim kena marah sepanjang berlakon dalam Saham Neraka? Akim menafikan dia pernah dimarah oleh Erma.

"Alhamdulillah, sepanjang penggambaran itu, Akim tak kena marah, cuma kena ditegurlah. Cara lakonan. Sebenarnya, Akim banyak diberi tunjuk ajar olehnya," akuinya yang sedang mempromosikan single terbaru, JanjI.

Sementara itu, Akim akan memulakan penggambaran musim kedua drama bersiri, Kau dan Aku tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alyah Belum Mahu Bercinta

Artikel Lain