suria

Norman KRU "Insaf" Bantah Pelaksanaan AFundi Masuk

Norman KRU sewaktu menghadiri pelancaran Mingguan mStar pada 28 Februari lalu. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
Norman KRU sewaktu menghadiri pelancaran Mingguan mStar pada 28 Februari lalu. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN
Norman KRU sewaktu menghadiri pelancaran Mingguan mStar pada 28 Februari lalu. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

BUKAN sahaja peserta Akademi Fantasia 8 (AF8) belajar sesuatu, pengetuanya sendiri turut menimba ilmu.

Norman KRU memberitahu, dia banyak belajar menerusi AF8. Jika dulu, dia langsung tidak menyetujui perlaksanaan AFundi Masuk.

Kini, dia tahu kenapa ia diperlukan untuk menyelamatkan pelajar yang berbakat.

"Terus-terang saya kritik di luar. Kenapa perlu ada AFundi Masuk? Sesiapa yang tersingkir, tersingkirlah. Good bye. Tak ada lagi.

"Saya dah luahkan pendirian saya, tapi produksi Astro, Azian dan Azlin kata jangan cakap begitu kerana kita akan menyesal," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Norman mengakui dia kini insaf dan sedar betapa pentingnya AFundi Masuk membantu peserta berbakat yang tersingkir kembali ke akademi selepas mengetuai AF8.

Jelas Norman, ini kerana terdapat pengundi yang suka mengundi pada saat-saat akhir manakala ada yang memang terlupa untuk mengundi.

Katanya, ini menyebabkan pelajar berpotensi tersingkir sebelum peringkat akhir.

"Pengundi hanya memikirkan 'menyelamatkan' tiga peserta tercorot tetapi mereka lupa mengundi peserta di atas itu. Mereka boleh jatuh," katanya.

Lebih-lebih lagi, Norman berkata, persaingan di AF8 begitu sengit dan dia telah melihat 'gelora terumbang-ambing' peserta nombor satu dan dua dari kedudukan ranking turun ke zon bahaya.

"Misalnya, ada ketikanya Adira dan Iwan pernah turun ke zon bahaya padahal Iwan tidak pernah turun ke zon bahaya.

"Itulah realiti banyak orang terlupa.... Yang Shahir tersingkir pun, saya rasa pengundi terlupa. Sama dengan Alif, Anum, Nad, Farina dan sebagainya," jelasnya.

Sementara itu, Norman mendedahkan dia sebak setiap kali melihat pelajar dan cikgu menangis ekoran peserta tertentui tersingkir.

"Saya sebak. Jangan kata masa konsert saja, bila mereka buat video wasiat, saat itulah saya tak tahan. Tapi saya control. Tak bolehlah saya tunjukkan pengetua menangis," katanya.

Akui beliau, memang terjalin suatu ikatan dengan pelajar tersebut kerana sering berjumpa setiap masa sepanjang pengajian akademi.

"Dan mereka mengharapkan kita seolah-olah macam anak buah. Mereka yang mempunyai anak buah tahulah bagaimana perasaan saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain