Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad - Hiburan | mStar

Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad

SETELAH notis meminta produksi Melodi dan wartawannya Nas Ahmad untuk meminta maaf menerusi akhbar dan televisyen yang dikeluarkan pada Januari tahun lalu tidak diendahkan, akhirnya penerbit dan pengarah Jurey Latiff Rosli mengambil keputusan untu menyaman kedua-dua pihak itu.

Menurut Jurey ketika dihubungi, urusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu ditetapkan pada 18 Mac ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan," katanya kepada mStar Online.

Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.

“Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya.

“Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,” jelasnya lagi.

Dalam kes saman tersebut, Jurey diwakili oleh peguamnya, Shaharudin Sham Sunder.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati