suria

Nia Ramadhani Serasi Dengan Bapa Mertua

PELAKON Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani tidak lama lagi akan dinikahi oleh kekasihnya, Ardhie Bakrie yang merupakan anak salah seorang tokoh korperat terkaya di Asia. Walaupun Nia belum rasmi menyandang status menantu Aburizal Bakrie, kedua-duanya kelihatan seperti serasi.

Keserasian artis sinetron bersama salah seorang terkaya di Asia itu dilihat di acara ulang tahun ke dua stesen televisyen TV One di Jakarta Convention Centre (JCC).

Aburizal juga tidak kekok berjalan bersama Nia ketika meninggalkan JCC selepas acara berlangsung. Malah beliau menunggu Nia menuruni tangga lobi JCC. Nia juga kelihatan gembira ketika jalan berdampingan dengan calon mertuanya itu.

Ketika diwawancara keduanya juga sangat serasi berkomunikasi. Nia dan Ardhie akan bernikah pada 1 April 2010. Menurut Aburizal Bakrie persiapan pernikahan puteranya dengan Nia sudah lengkap dan hanya menunggu tarikh tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain