suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Dhani Bantu Cipta Nama The Rock

PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani selama ini telah membuktikan bahawa dia berjaya membantu mencipta nama beberapa kumpulan muzik Indonesia.

Sebelum ini juga Dhani pernah membentuk sebuah kumpulan muzik bernama The Rock. Walaupun kini sunyi tanpa sebarang berita, kumpulan ini masih wujud.

Dhani juga memberitahu kumpulan muzik yang dianggotai oleh pemuzik dari Australia masih bergiat dalam industri muzik Indonesia.

"Rancangannya kita mahu buat satu album lagi, ketika ini masih dalam proses untuk album mereka, saya masih berhutang dengan EMI satu album untuk kumpulan ini," jelas Dhani seperti dipetik kapanlagi.com.

Namun begitu Dhani masih belum menetapkan waktunya. "Tapi bila proses itu akan bermula saya belum boleh beri tahu, lagipun mereka juga masih di negera asalnya iaitu Australia. Yang pasti saya akan buat berbeza dengan album sebelumnya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain