suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Matthew McConaughey Dapat Anak Perempuan

Matthew McConaughey bersama kekasihnya Camila
Matthew McConaughey bersama kekasihnya Camila
Matthew McConaughey bersama kekasihnya Camila

AWAL tahun 2010 disambut dengan gembira bagi Matthew McConaughey kerana telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Vida.

Berita kelahiran anak keduanya itu diumumkan secara resminya kemarin. Mereka memberitahu bahawa Vida Alves McConaughey lahir dengan selamat dan sihat pada tengah malam dengan berat badan 3,4 kilogram.

"Vida membawa makna hidup dalam bahasa Portugis, dan itulah yang diberikan Tuhan kepada kami pagi ini. "Camila sangat menakjubkan dan kami berdua sangat bangga membawa pulang gadis kecil ini ke dalam keluarga. Terima kasih banyak atas semua harapan dan doa kalian selama ini, kami ucapkan terima kasih dan semoga bahagia."

Vida merupakan adik dari Levi iaitu anak sulung pasangan selebriti ini yang kini berusia 17 bulan.

Berita kehamilan yang ditulis Splash News diumumkan pada bulan Jun lalu. "Kami dikurniakan satu lagi keajaiban di dunia ini. Camila dan saya sedang menanti anak kedua kami yang akan membawa satu lagi kehidupan ke dunia. Masa depan seakan lebih cerah dengan pertambahan seorang lagi anggota keluarga,”

Artikel Lain