suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brittany Berfirasat Tentang Kematiannya

Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal - foto AP
Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal - foto AP
Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal - foto AP

MENURUT laporan Splash News, aktres Brittany Murphy kelihatan pucat dan kurus ketika wawancara terakhirnya sebelum meninggal.

Dalam wawancara pada 3 Disember lalu, aktres tersebut memberitahu bahawa dia akan meninggalkan Los Angeles menjelang Krismas.

Murphy turut merancang sebuah percutian keluarga di New York bersama suami tercinta Simon Monjack, sebelum kembali aktif dengan kariernya pada tahun ini.

Murphy juga kelihatan berfirasat mengenai kematiannya. Ketika dia sedang mempromosikan filem terbarunya, Across The Hall, aktres itu dipetik sebagai berkata yang dia ingin memiliki rambut berwarna perang di kehidupan akan datang.

Artikel Lain