suria

Kylie Minogue Dinobatkan Selebriti Paling Mengagumkan 2009

SATU kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat jam tangan di Britain mengenai selebriti perempuan paling mengagumkan telah mendapati penyanyi berasal dari Australia, Kylie Minogue menjadi pilihan ramai dengan undian sebanyak 48 peratus.

Sementara bekas isteri pelakon Brad Pitt, Jennifer Aniston terpilih sebagai selebriti rambut tercantik dengan mendapat 42 peratus.

Walaupun sudah melahirkan anak kembar, namun masih ramai yang menganggap Jennifer Lopez merupakan selebriti paling seksi di mana penyanyi berdarah Latin itu masih berjaya mengekalkan gelaran itu.

Selebriti yang dianggap memberi pengaruh positif dalam penampilan pula diungguli oleh pasangan Leonardo Dicaprio dalam filem Titanic iaitu Kate Winslet.

Sebaliknya, penyanyi yang penuh kontroversi, Amy Winehouse mendapat gelaran selebriti yang memberi pengaruh buruk kerana penampilannya.

Artikel Lain