suria

Brangelina Meraikan Ulang Tahun Ke-5 Bersama Secara Rahsia

Brangelina pasangan kontroversi hollywood.
Brangelina pasangan kontroversi hollywood.
Brangelina pasangan kontroversi hollywood.

BRAD PITT dan Angelina Jolie baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-lima mereka sebagai pasangan kekasih secara rahsia.

Pasangan itu dikatakan menghabiskan masa romantik bersama di Chateau Marmont, sementara anak-anak mereka tinggal dirumah.

"Mereka dilihat memasuki sebuah rumah mewah sekitar empat petang. Mereka kelihatan mesra dan berpegangan tangan ketika sampai, Angie kelihatan sungguh gembira," lapor sumber contactmucis.com.

Sumber itu menambah, "Mereka kelihatan seperti keluar dating. Tiada sebarang pengawal bersama mereka dan mereka nampak sungguh relaks.

Pitt bagaimanapun telah memastikan masa kualiti mereka tidak diganggu oleh peminat dan jurugambar.

"Mereka hanya mahu bersama tanpa diganggu sesiapa. Mereka nampak gembira. Ternyata mereka mengharungi malam yang cukup indah," kata sumber itu lagi.

Pasangan itu beredar dari hotel penginapan mereka sebelum waktu makan tengah hari keesokan harinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain