suria

Bintang Pop Gay Adam Lambert Dilarang Tampil Di Televisyen

AKIBAT aksi cium lelaki di America Music Awards, November lalu, bintang pop gay Adam Lambert terpaksa terima bahananya sekarang.

Ribuan orang melahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan aksinya menyebabkan Lambert dilarang tampil di kaca televisyen.

Lambert mencium lelaki pemain keyboard di American Music Awards pada November 2009 dan aksi itu mengundang kontroversi berpanjangan. Kini, Lambert dilarang tampil di dua stesen televisyen Amerika Syarikat.

Aksi lucah Lambert yang meraba-raba para penarinya di atas pentas dan mencium lelaki pemain keyboard pada 22 November 2009 membuat penonton begitu marah.

Bukan sekadar mendapat bantahan, penonton juga tidak ingin Adam tampil di televisyen lagi.

Lambert kini dilarang tampil di program 'Good Morning America', setelah aduan dibuat terhadap stesen ABC.

Artikel Lain