suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alec Baldwin Sudah Bosan Dengan Dunia Lakonan

AKTOR Alec Baldwin kini sudah mula menunjukkan kebosanannya dengan dunia lakonan. Malah, dia sudah merancang untuk mengundur diri dari dunia lakonan pada 2012.

Yang peliknya, walaupun cukup terkenal, Baldwin menganggap dirinya sebagai aktor yang gagal di Hollywood.

"Saya tak tertarik lagi dengan lakonan. Filem adalah sebahagian dari sejarah masa silam saya. Sudah 30 tahun.

"Saya bukan muda lagi, tapi masih punya waktu melakukan hal lainnya. Mungkin sukar untuk mempercayai tapi saya menganggap karier saya di dunia filem adalah sebuah kegagalan," tutur Baldwin.

Baldwin juga tidak segan silu mengaku dia gemar lakukan seks dinihari.

Pelakon terkenal itu kini kembali solo setelah berpisah dengan Nicole Seidel. Baldwin juga sedang menjalin hubungan dengan seorang pengacara.

Kata Baldwin lagi, dia tidak begitu suka melakukan hubungan seksual di malam hari kerana dia sudah keletihan.

"Saya selalunya akan berasa letih pada malam hari. Tapi seks di pagi hari, akan bantu saya jadi lebih ceria," katanya.

Artikel Lain