suria

Lady Gaga sertai perarakan golongan gay

Lady Gaga menerima anugerah 'The Rising Star' pada acara 'The Billboard Women In Music brunch' di The Pierre Hotel pada 2 Oktober 2009 di New York. -Foto AP

LADY Gaga akan menyertai satu perarakan untuk menyokong hak-hak golongan gay di Washington.

Penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu akan berarak sempena 'National Equality March' pada hujung minggu ini dan dia turut menyeru rakan-rakan senegaranya untuk sertai perarakan yang bertujuan untuk memperjuangkan hak kesamarataan.

"Pada 10 dan 11 Oktober ini, saya akan berada di Washington untuk memberi sokongan kepada 'National Equality March'.

"Perarakan ini dibuat supaya semua rakyat di negara ini berkumpul dan bersatu memperjuangkan hak sama rata semua golongan tidak kiralah lesbian, gay atau biseksual sekalipun," katanya.

Artikel Lain