suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Halle Berry berpakaian seksi untuk nafi mengandung

Model Gabriel Aubry (kiri) dan aktres Halle Berry tiba di The Vanity Fair Oscar Party pada 22 Februari 2009, di West Hollywood, California. -Foto AP

AKTRES terkenal Halle Berry menafikan dia mengandung dengan berpakaian seksi dalam satu rancangan televisyen di Amerika Syarikat (AS) pada malam Khamis (17 September) lalu.

Menurut laporan media, Berry, 43, menegaskan sebarang petanda perutnya membesar baru-baru ini sebenarnya adalah lebihan lemak badan.

Apabila pengacara program bicara Jay Leno memujinya dalam programnya, Berry berkata: "Terima kasih atas pujian anda kerana ini dapat menghentikan spekulasi bahawa saya sedang mengandung."

Berry memakai gaun berwarna hitam yang ketat dan kasut tumit tinggi ketika menghadir program bicara Leno untuk menepis gosip liar bahawa dia kini mengandung.

Awal bulan ini, media melaporkan Berry menjalani permanian beradas untuk mengandung anak lagi.

Berry dan kekasihnya Gabriel Aubry mempunyai seorang anak perempuan berusia 18 bulan.

Artikel Lain