suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rahim Razali akui sukar mengarah Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Rahim Razali selaku pengarah teater 'Muzikal Tun Razak'.
Rahim Razali selaku pengarah teater 'Muzikal Tun Razak'.
Rahim Razali selaku pengarah teater 'Muzikal Tun Razak'.

KUALA LUMPUR: Pengarah veteran Datuk Rahim Razali semalam mengakui bahawa tugas mengarah teater muzikal Tun Abdul Razak yang digalasnya merupakan sesuatu yang sukar dan cukup mencabar kebolehannya sebagai pelakon dan pengarah pengalaman.

Beliau berkata memandangkan pengisian dalam teater itu lebih kepada fakta, maka ia menjadi satu cabaran dan kesukaran bagi beliau untuk mengadaptasikan naskhah itu ke dalam ruang yang lebih ringan dan santai.

"Kita kurangkan drama dalam pementasan ini, jadi kita banyak tonjolkan dari aspek pembangunan, ketokohan Allahyarham semasa pentadbirannya.

"Susah nak buat muzikal tentang tokoh negara, kawankawan, keluarga Allahyarham masih ada, kalau dari segi aspek keperibadian akan menyentuh kepada waris," katanya ketika ditemui selepas pementasan teater mengenai Perdana Menteri Kedua itu di Istana Budaya, di sini.

Menurut Rahim antara babak yang paling sukar untuk dimuzikalkan adalah ketika berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

"Susah hendak diringankan intipati itu kepada sudut hiburan, kisah konfrontasi, kisah Dasar Ekonomi Baru kerana muzikal ini kena pentaskan dalam bentuk serius.

"Bagaimanapun, kita bertuah kerana mendapat koreografer yang kreatif untuk bermain dengan pergerakan," katanya.

Rahim juga berkata kesempatan untuk mengenali Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tiga dekad yang lalu turut memberi inspirasi kepadanya dalam merealisasikan pementasan ini.

"Saya mengenali Allahyarham, pernah bermain golf bersama, selalu berinteraksi dalam sukan seperti hoki, ia sedikit sebanyak memberi input dalam penghasilan skrip,"katanya.

Teater muzikal Tun Abdul Razak yang mula dipentaskan Ahad lepas sehingga 20 Ogos ini menceritakan tentang perjuangan Allahyarham selama enam tahun mentadbir negara ini.

Watak Tun Abdul Razak dilakonkan oleh pelakon terkenal Rashidi Ishak dan Fauziah Latif melakonkan watak sebagai isteri beliau Tun Rahah Mohd Noah.

Skrip teater muzikal itu ditulis oleh Mohd Izuddin Ismail, Che Kem, Rosdeen Suboh manakala A. Aris Kadir, Shafrul Azim Suhaimi dan Hafiz Untong bertindak sebagai koreografer. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain