suria

Jessica Biel wajah terbaru Revlon

Jessica Biel ialah Duta Jenama Sedunia Revlon.
Jessica Biel ialah Duta Jenama Sedunia Revlon.
Jessica Biel ialah Duta Jenama Sedunia Revlon.

JESSICA Biel telah dilantik sebagai Duta Jenama Sedunia untuk syarikat kosmetik, Revlon.

Pelakon wanita The Illusionist yang kini berpacaran dengan penyanyi Justin Timberlake akan menonjolkan diri dalam kempen pengiklanan antarabangsa yang baru pada 2010.

Menurut Contactmusic, Biel yang juga bekas model itu telah menyertai acara lari dan jalan 5 kilometer untuk wanita, anjuran Revlon.

Acara larian amal di New York tersebut bertujuan memungut derma untuk penyelidikan kanser, rawatan dan kaunseling.

Wajah-wajah terdahulu Revlon terdiri daripada Halle Berry, Jessica Alba and Jennifer Connelly.

Artikel Lain