suria

Andy Lau-Carol Chu kahwin di KL akhir bulan April

Aktor dan pelakon terkenal Hong Kong Andy Lau akan menamatkan spekulasi tentang siapa bakal isterinya apabila membuat keputusan berkahwin dengan teman wanitanya dari Malaysia Carol Chu.
Aktor dan pelakon terkenal Hong Kong Andy Lau akan menamatkan spekulasi tentang siapa bakal isterinya apabila membuat keputusan berkahwin dengan teman wanitanya dari Malaysia Carol Chu.
Aktor dan pelakon terkenal Hong Kong Andy Lau akan menamatkan spekulasi tentang siapa bakal isterinya apabila membuat keputusan berkahwin dengan teman wanitanya dari Malaysia Carol Chu.

SETELAH 24 tahun menyemai cinta dan memendam kasih sayang antara mereka, akhirnya, aktor/penyanyi paling popular Hong Kong Andy Lau mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya dari Malaysia Carol Chu Zhu Liqian pada hujung bulan ini.

Pasangan ini saling mengenali satu sama lain sekitar tahun 1985. Sebuah majalah hiburan pernah melaporkan yang Andy acap kali menyangkal hubungannya dengan Carol karena takut kehilangan peminatnya. Tapi setiapkali kelibat Carol kelihatan di konsert Andy, gosip itu mula diperkatakan lagi.

Pada satu ketika, di saat sebuah konsertnya berlangsung, Andy sempat bertanya peminatnya...."apakah boleh jika seorang idola punya kekasih dan menikah?"

Para peminat memberi respon pertanyaan Andy dengan mengatakan bahwa Andy harus bersikap terbuka soal cintanya pada Carol Chu.

Hubungan romantis antara Andy Lau dan Carol Chu mula dihidu setelah Carol menjadi naib juara sebuah pertandingan Ratu Cantik pada tahun 1985. Pada bulan Mei 2008, apabila Andy Lau terlihat hadir dalam upacara pernikahan saudara perempuan Carol di Kuala Lumpur, bertambah kencang gosip panas antara Andy dan Carol.

Asalnya mereka memlih Pulau Redang di Terengganu untuk melangsungkan perkahwinan setelah mendapat idea dari sahabat baiknya, Tony Leung Chiu Wai yang menikah di sebuah pulau dengan Carina Lau.

Malah, bekas kekasih Andy Lau, Yu Ke Xin dilaporkan berkata yang dia juga turut bahagia dengan keputusan Andy untuk berkahwin dengan Carol.

"Sudah saatnya bagi Andy untuk menetapkan hati," kata Ke Xin.

Khabar terbaru, Andy yang kini berusia 47 tahun dan Carol, 41, kelihatan sibuk membeli-belah di North Point, Hong Kong untuk persiapan perkahwinan mereka yang dijangka akan diadakan pada akhir bulan ini.

Akhbar Nanyang Siang Pau, dalam halaman utamanya, melaporkan bahawa perkahwinan itu akan diadakan selama tiga hari berturut-turut di Kuala Lumpur sebaik saja Andy habis konsert China tournya pada 27 April.

Bukan semua artis Hong Kong mendapat jemputan dari Andy yang terkenal dengan sikapnya yang cukup berhati-hati memilih senarai undangan. Antara mereka yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ialah Miu Kiu Wai dan Wong Yat Wa, dua pelakon dalam Five Tigers yang mempelopori kejayaan TVB drama pada tahun 1980.

Andy yang nama sebenarnya Andy Lau Tak-Wah dilahirkan pada 27 September, 1961. Dia adalah seorang penyanyi, pelakon dan produser Cantopop Hong Kong dan merupakan pelakon yang paling berjaya dan kaya sejak tahun 1990.

Bintang terkenal ini juga telah membintangi lebih dari 100 buah filem dan 300 mini series bersama Hong Kong TVB channel. Populariti Andy menjangkau tanah kelahirannya sehingga ke seluruh Asia.

Bagi melahirkan keikhlasannya memperisterikan Chu, Andy akan turun ke Kuala Lumpur dan mengedarkan kad kahwinnya sendiri pada 6 April ini.

Malah kehadiran Andy untuk mengedar kad itu juga bersempena dengan hari lahir Chu, bekas Ratu Cantik, yang jatuhnya pada 6 April.

Sebelum ini, Andy dilaporkan berada di Malaysia untuk berbincang soal persiapan perkahwinan dengan keluarga Carol yang berasal dari Ipoh, Perak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain