suria

Bruce Willis-Emma kahwin disaksikan bekas isteri, Demi

Bruce Willis menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini model/aktres Emma.
Bruce Willis menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini model/aktres Emma.
Bruce Willis menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini model/aktres Emma.

AKTOR Bruce Willis telah menamatkan zaman dudanya dengan seorang aktres muda baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejen publisiti Willis, Rogers & Cowan, aktor berusia 54 tahun itu telah berkahwin dnegan Emma Heming dalam sebuah resepsi yang sederhana dan penuh privasi di kediamannya di Parrot Cay in the Turks & Caicos Islands.

Pasangan ini telah berkenalan melalui teman mereka lebih dari setahun yang lalu.

Ini adalah perkahwinan pertama bagi Heming, seorang model dan aktres berusia 30 tahun.

Antara tetamu jemputan Willis termasuklah bekas isterinya Demi Moore dan suami Demi, pelakon Ashton Kutcher dan anak-anaknya Rumer, 20, Scout, 17, dan Tallulah Belle, 14.

Willis and Emma merancang untuk mengadakan sebuah lagi resepsi apabila pulang ke California nanti.

Willis pernah berkahwin dengan Moore pada 2000 selama 13 tahun dan mereka masih kekal berkawan hingga kini. Willis menganggap Moore dan Kutcher sebagai "sebahagian dari keluarga besar saya."

"Ramai orang susah hendak lepaskan peristiwa lama. Tapi kami dapat melakukannya kerana kami mendahulukan anak-anak lebih dari segalanya," kata Willis.

Katanya lagi, "Jangan cuba mengambil enteng perkara-perkara seperti perhubungan ini. Kematian senantiasa menanti kita. Jadi hidup kita perlu lebih bermakna."

Artikel Berikut

Artikel Lain