suria

Aamir Khan-Danny Boyle mungkin menjalin kerjasama?

Mungkinkah Aamir akan jalin kerjasama dengan Danny Boyle?
Mungkinkah Aamir akan jalin kerjasama dengan Danny Boyle?
Mungkinkah Aamir akan jalin kerjasama dengan Danny Boyle?

AKTOR Aamir Khan mungkin tidak menggemari filem Oskar Danny Boyle 'Slumdog Millionaire' tapi dia tidak boleh menafikan yang filem itu telah membawa kecemerlangan kepada filem Bollywood di peringkat antarabangsa.

Malah, Aamir sendiri tidak teragak-agak mengkritik filem itu di media hinggakan semua orang dalam industri tahu yang Aamir tidak suka ‘Slumdog Millionaire.’

Kejayaan filem itu turut dicemuhnya. Tapi masalahnya sekarang, Danny Boyle pula melahirkan kekagumannya terhadap filem-filem arahan dan lakonan Aaamir terutama filem ‘Taare Zameen Par.’

Begitu juga dengan kejayaan ‘Ghajini’. Baru-baru ini Aamir dilihat bebrual mesra dengan Boyle selama tiga jam di sebuah acara hiburan.

Mengikut perancangan, Danny Boyle bercadang membuat filem 'thriller' tentang Mumbai dan besar kemungkinan dia ingin Aamir berlakon di dalam filem tersebut.

Mungkin ini peluang baik untuk Boyle dan Aamir menjalin kerjasama. Seorang pengarah berkaliber yang berjaya menukar orang biasa menjadi bintang dan seorang lagi aktor yang 'perfectionist'.

Artikel Berikut

Artikel Lain